Wednesday, July 30, 2008


tiada harga mampu dibalasi
tiada air mata mampu ditangisi
sekalung doa panjat Ilahi

Kalian...........
moga diberkati

salam spektrum 11 '08


"Dunia ini ditunjangi oleh empat tunjang...dengan ilmunya para Ulamak, dengan keadilannya golongan yang memerintah, dengan hartanya golongan kaya yang dermawan dan dengan doanya orang orang yang faqir miskin"

(Athar As Sahabah)
"Orang yang beradat
berjaya dalam kehidupannya
tiada sumbang dalam perlakuannya
ke majlis dialah jemputan
di balai penghadapan dialah panggilan
nombor bilik rumah tumpangan
dialah pertanyaan

Berani kerana taat
bersegera membuat kerja"

(Al Allamah Tok Kenali)

Tuesday, July 29, 2008

Aku merasai ketenangan
dalam sebuah bangunan
yang orang orangnya tidak aku kenali

Khalayak ini begitu santun dengan Tuhan mereka
tidak pernah rasa gundah...
tidak pernah berasa payah...
tiada keluh kesah

Dalam rumah rumah
yang diizinkan untuk menyebut namaNya...
dari Tuhan untuk manusia
Mulia begitulah namamu
mulia begitulah jiwamu
jika ditemukan ingin kembali.....

Pantai mana tidak bergelora
gurun mana tidak tandus dan kering
begitulah kehidupan ini
yang tersurat yang tersirat di mata