Tuesday, November 17, 2009

"Jika sekiranya diturunkan Al Quran ini ke atas gunung-ganang...nescaya kamu akan melihatnya tunduk pecah berderai kerana takutkan Allah...begitulah perumpamaan yang Kami gambarkan kepada manusia mudah-mudahan mereka berfikir"

(al Hasyr : 21)

Thursday, November 5, 2009

Maqam To' Kenali


Maqam Almarhum Al Alim Al Allamah Al Arif Billah Muhammad Yusuf bin Ahmad (batu nisan bulat). Kembali ke Rahmatullah pada pagi Ahad 2 Sya'ban 1352 Hijrah bersamaan 19 November 1933 masihi ketika berumur 65 tahun...al Fatihah.

Imam Syamil adalah pemimpin agung bagi masyarakat Muslimin Chechen di Asia Tengah. Seorang ulamak, ahli sufi dan pejuang yang amat digeruni oleh kerajaan empayar Tsar Russia. Memimpin Mujahidin Chechnya dalam Perang Kaukasus menentang perluasan kuasa Russia yang ingin menjajah Chechnya pada abad ke-19. Imam ketiga selepas Ghazi Mullah dan Hadji Murad dalam hierarki kepimpinan kaum muslimin di Chechnya. Meninggal dunia di Madinah ketika musim haji pada tahun 1871 dan dikebumikan di perkuburan Baqi'.

Tuesday, September 15, 2009


MASJID SHAH JAHAN

Masjid pertama didirikan di tanah Britain. Terletak di Woking, 30 batu dari Barat Daya London. Dibina pada tahun 1889.

Pembukaan Masjid Tokyo pada 12 Mei 1938

Saturday, July 18, 2009

Lelaki Soleh di Maqam Saidina Hussin


Sabda RasulluLLah "Allah Ta'ala akan memperelokkan wajah seseorang yang pernah mendengar Hadisku, menjaga serta menunaikannya sebagaimana yang telah dia didengar"

Konsep Tawakkal


Sabda RasulluLLah sallallahu 'alaihi wasallam "Sekiranya kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar benar tawakkal...nescaya akan direzekikan kepada kamu sebagaimana telah direzekikan kepada burung...keluar pada waktu pagi dalam keadaan perut yang kosong dan pulang pada waktu petang dengan perut yang kekenyangan"


Friday, June 12, 2009

Berjabat Dengan Pejabat

Deringan telefon, fail fail yang berkawad
muka muka yang serius, awas.........jangan kau sesekali usik
"kami bekerja penuh beretika"........konon
"kami amanah yang amat"..........konon
"kami menjunjung tinggi ikrar kami"........konon.

Pemuda pemudi
syabas, aku salut pada kamu
manusia manusia agung berjiwa besar
cakapnya kurang kerjanya lebih
lain sekali dengan Dia itu
sombongnya terlalu kepuraan peribadi
telah lama aku dengar
cakap cakap dalam kelambu, sok sek sok sek
gosip memanjang.

Aku tertegun di saat duka lara
teringat aku di saat aku mula menjadi ahli ini
semuanya tertib terening
indah water.........indah kabar daripada rupa
kau semua memang Cis !!!