Tuesday, November 17, 2009

"Jika sekiranya diturunkan Al Quran ini ke atas gunung-ganang...nescaya kamu akan melihatnya tunduk pecah berderai kerana takutkan Allah...begitulah perumpamaan yang Kami gambarkan kepada manusia mudah-mudahan mereka berfikir"

(al Hasyr : 21)

Thursday, November 5, 2009

Maqam To' Kenali


Maqam Almarhum Al Alim Al Allamah Al Arif Billah Muhammad Yusuf bin Ahmad (batu nisan bulat). Kembali ke Rahmatullah pada pagi Ahad 2 Sya'ban 1352 Hijrah bersamaan 19 November 1933 masihi ketika berumur 65 tahun...al Fatihah.

Imam Syamil adalah pemimpin agung bagi masyarakat Muslimin Chechen di Asia Tengah. Seorang ulamak, ahli sufi dan pejuang yang amat digeruni oleh kerajaan empayar Tsar Russia. Memimpin Mujahidin Chechnya dalam Perang Kaukasus menentang perluasan kuasa Russia yang ingin menjajah Chechnya pada abad ke-19. Imam ketiga selepas Ghazi Mullah dan Hadji Murad dalam hierarki kepimpinan kaum muslimin di Chechnya. Meninggal dunia di Madinah ketika musim haji pada tahun 1871 dan dikebumikan di perkuburan Baqi'.