Monday, January 25, 2010

Teka Teki Islam

SOALAN PERTAMA :

Tun Mutahir adalah seorang pemimpin negara Islam. Ketika berada di Makkah beliau telah diberikan penghormatan untuk menunaikan solat di dalam Ka'abah. Dimanakah arah Kiblat beliau ?

SOALAN KEDUA :

Zaid hendak segera menyudahkan pusingan Tawaf beliau. Beliau melintasi kawasan antara binaan Ka'abah dan Hijir Ismail. Bagaimanakah keadaan Tawaf Zaid ini menurut hukum Syara'.

Saturday, January 23, 2010

Rumah Allah di Seluruh Dunia

Masjid Ortakoy, Turki yang terletak di pinggir Selat Bosphorus. Selat ini memisahkan antara benua Eropah dan Asia.

Masjid Besar Djenne, Mali. Dibina menggunakan lumpur mengikut seni bina Saheli. Bangunan terbesar di dunia yang dibina menggunakan lumpur. Dibina pada abad yang ke 13. Diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.

Masjid di Jerman

Masjid Tatar di Kampung Bohoniki, Poland

Masjid Lal Mustafa Pasha Cyprus. Asalnya sebuah biara yang dibina pada tahun 1298. Apabila Tentera Empayar Islam Uthamaniyah berjaya menakluki Famagusta pada 1571 biara tersebut telah ditukar menjadi sebuah masjid.

Masjid di Chita, Republik Tatarstan Russia

Masjid Agung Mongolia

Masjid Jami' Tokyo. Dibina pada tahun 1930. Binaannya mempunyai pengaruh seni bina Turki.

Friday, January 22, 2010

Kisah ulamak besar yang digelar Si Lembu

Pada zaman salafus soleh ada seorang ulamak besar yang bernama Imam Sufyan. Beliau adalah seorang alim besar yang cukup tinggi keilmuannya serta memiliki mazhab Feqahnya yang tersendiri. Disamping sibuk dengan aktiviti-aktiviti ilmiah beliau juga sangat kuat beribadat kepada Allah Ta'ala. Beliau terkenal sebagai seorang yang amat kuat menjaga Sunnah Rasullullah dan adab-adab Islam di mana sahaja beliau berada.

Pada suatu hari, beliau telah melakukan perkara yang dianggap oleh beliau sebagai satu kesalahan yang cukup besar. Beliau telah melangkah masuk ke dalam masjid dengan menggunakan kaki kiri !!! Lalu beliau terus tersedar daripada kesilapannya. Beliau berbisik "Wahai Sufyan, apakah ulamak besar seperti kamu ini tidak dapat hendak membezakan antara rumah Allah dengan rumah syaitan. Dimanakah ilmu adab yang pernah kamu pernah pelajari selama ini?"

Imam Sufyan cukup berasa bersalah terhadap Allah diatas kesilapannya. Bagi menghukum diri beliau sendiri beliau telah mengisytiharkan kepada ribuan anak muridnya supaya memanggilnya sebagai Sufyan Ath Thauri (Sufyan Si Lembu) bermula daripada hari itu.

Berapa juta kalikah kalian masuk masjid dengan kaki kiri ???

Thursday, January 21, 2010

Kenangan Sebuah Persahabatan


Selamat Jalan Teman-Teman









Petang kelmarin, kurang lebih pukul 4.30 petang aku melangkah masuk ke LR34 Atan Long. Sunyi...kosong tanpa penghuni. Tiada lagi suara-suara nyaring Pembina Negara Bangsa. Suasana dalam kelas begitu mengharukan. Dalam kesempatan itu aku cuba mengimbas kembali saat-saat kegemilangan DPLI di medan ini. Setiap penjuru dan sudut ada ceritanya.

Aku Melutut Di hadapanMu Ya Rabbi


Demi Mu ya RasulLullah
Malam Siang Berlalu
Gerhana Kesayuan
Tiada Berkesudahan
Detik Masa Berlalu
Tiada Berhenti Oh Syahdunya

Sejenak Kuterkenang
Hakikat Perjuangan
Penuh Onak Dan Cabaran
Bersama Teman-Teman
Harungi Kehidupan Oh Indahnya

Berat Rasanya Di Dalam Jiwa
Untuk Melangkah Meninggalkan Semua
Kasih Dan Cinta Yang Terbina
Ia Akan Selamanya

Selamat Berjuang Sahabatku
Semoga Allah Berkatimu
Kenangan Indah Bersamamu
Takkan Ku Biar Ia Berlalu
Berjuanglah Hingga Ke Akhirnya
Dan Ingatlah Semua Ikrar Kita

Hati Ini Sayu Mengenangkan
Sengsara Di Dalam Perjuangan
Jiwa Ku Merana Dan Meronta Mengharapkan
Kedamaian Dan Jua Ketenangan

Tetapi Ku Akur Pada Hakikat
Suka Dan Duka Dalam Perjuangan
Perlu Ketabahan Dan Kekuatan


Berguru ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Umpama bunga kembang tak jadi


"Dan kepada anak-anak yatim janganlah kamu berlaku kasar"

(Adh Dhuha : 9)