Saturday, January 8, 2011

Friday, October 22, 2010

Khamis, Oktober 1990

Pada suatu pagi Khamis dalam bulan Oktober tahun 1990, ketika itu aku adalah seorang murid Tahun 1 di Sekolah Kebangsaan Mulong. Pada waktu rehat kurang lebih jam 9 @ 10 pagi aku ke pagar sekolah yang membahagikan antara SK Mulong & SM Mulong. Entah kenapa pada pagi itu suasananya amat berlainan sekali. Beratus ratus orang dewasa berhimpun di padang SM Mulong & juga kawasan sekolah. Mereka seolah olah sedang menanti sesuatu. Aku yang ketika itu baru berumur 7 tahun masih begitu naif untuk memahami apakah sebenarnya yang berlaku. Aku lihat ada 2 kumpulan manusia dengan 2 perwatakan yang berbeza. Satu kumpulan bertopi cap, yang lelakinya ada yang berseluar jeans & merokok manakala yang perempuannya tidak sempurna menutup rambut mereka. Manakala satu kumpulan lagi dipenuhi dengan orang orang berserban, berkopiah putih di kepala manakala yang perempuannya berpakaian seperti ustazah. Aku tertanya tanya apakah yang sedang berlaku ? Kenapa mereka semua berdiri di padang ? Kenapa mereka berkumpul di SM Mulong pada hari ini ? Kenapa mereka menjulang julang bendera mereka ? Ada yang berpayung, ada juga yang menutup kepala mereka dengan surat khabar, ada yang mendukung anak kecil, ada yang macam itu macam ini. Dalam ralit aku memerhatikan, tiba tiba aku terdengar laungan yang sungguh menggetarkan jiwa, meremang bulu romaku bila mendengarnya. Inilah kali pertama aku mendengar laungan tersebut. Semakin lama ianya dilanungkan semakin seronok pula aku mendengarnya. Ditengah tengah orang ramai itu aku ternampak seorang lelaki berkulit cerah kuning langsat, bersut Melayu lengkap & bersongkok di julang julang oleh orang ramai. Aku tertanya lagi apakah yg sebenarnya berlaku ? Siapakah lelaki ini ? Kenapa mereka menjulang julang lelaki ini ? Selepas sekolah aku ke SM Mulong untuk mengambil mak aku yang pada waktu itu bertugas di sekolah tersebut. Pada waktu itu suasana telah lengang. Aku lihat tempat yg dipenuhi oleh orang orang berserban pagi tadi kosong tanpa sebarang sampah. Manakala kawasan yg dipenuhi oleh orang orang yg memakai topi tadi penuh dengan plastik bekas minuman, kotak rokok, kertas kertas dan surat khabar. Aku tertanya lagi kenapa situasi ini berlaku ?


Hari ini Khamis, 21 Oktober 2010. Sudah 20 tahun peristiwa itu berlaku dan sudah 20 tahun soalan soalan itu tergantung tanpa sebarang jawapan. Aku pun sudah dewasa. Berumur 27 tahun, punya seorang isteri, kami semua sudah berkerjaya.

Barulah aku tahu peristiwa yg berlaku 20 tahun lepas itu adalah hari penamaan calon bagi pilihanraya umum tahun 1990 untuk Parlimen Nilam Puri. 2 kelompok manusia yang berbeza pada hari itu ialah mewakili para penyokong 2 buah parti Melayu yang terbesar di Kelantan pada waktu itu. Manakala laungan yang berjaya meremangkan bulu romaku pada hari itu ialah laungan Allahu Akbar yg di laungkan oleh salah satu parti yang bertanding dalam pilihanraya Parlimen Nilam Puri pada tahun itu. Manakala lelaki bersut Melayu lengkap yang dijulang oleh orang ramai pada hari itu ialah Tengku Razaleigh Hamzah, Presiden Parti Melayu Semangat 46. Sudah 20 tahun peristiwa ini berlaku & sudah 20 tahun soalan2 ini tergantung tanpa sebarang jawapan. Pilihanraya Umum tahun 1990 ialah satu peristiwa yang cukup bersejarah dalam tawarikh negara. Tiada siapa pun yang pernah menduga peristiwa yang berlaku pada bulan Oktober tahun 1990 itu telah mengubah perjalanan politik di Malaysia.

Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! Allahu Akbar !

Thursday, March 4, 2010

Sunday, February 28, 2010

Monday, February 8, 2010

Monday, January 25, 2010

Teka Teki Islam

SOALAN PERTAMA :

Tun Mutahir adalah seorang pemimpin negara Islam. Ketika berada di Makkah beliau telah diberikan penghormatan untuk menunaikan solat di dalam Ka'abah. Dimanakah arah Kiblat beliau ?

SOALAN KEDUA :

Zaid hendak segera menyudahkan pusingan Tawaf beliau. Beliau melintasi kawasan antara binaan Ka'abah dan Hijir Ismail. Bagaimanakah keadaan Tawaf Zaid ini menurut hukum Syara'.

Saturday, January 23, 2010

Rumah Allah di Seluruh Dunia

Masjid Ortakoy, Turki yang terletak di pinggir Selat Bosphorus. Selat ini memisahkan antara benua Eropah dan Asia.

Masjid Besar Djenne, Mali. Dibina menggunakan lumpur mengikut seni bina Saheli. Bangunan terbesar di dunia yang dibina menggunakan lumpur. Dibina pada abad yang ke 13. Diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.

Masjid di Jerman

Masjid Tatar di Kampung Bohoniki, Poland

Masjid Lal Mustafa Pasha Cyprus. Asalnya sebuah biara yang dibina pada tahun 1298. Apabila Tentera Empayar Islam Uthamaniyah berjaya menakluki Famagusta pada 1571 biara tersebut telah ditukar menjadi sebuah masjid.

Masjid di Chita, Republik Tatarstan Russia

Masjid Agung Mongolia

Masjid Jami' Tokyo. Dibina pada tahun 1930. Binaannya mempunyai pengaruh seni bina Turki.