Friday, January 22, 2010

Kisah ulamak besar yang digelar Si Lembu

Pada zaman salafus soleh ada seorang ulamak besar yang bernama Imam Sufyan. Beliau adalah seorang alim besar yang cukup tinggi keilmuannya serta memiliki mazhab Feqahnya yang tersendiri. Disamping sibuk dengan aktiviti-aktiviti ilmiah beliau juga sangat kuat beribadat kepada Allah Ta'ala. Beliau terkenal sebagai seorang yang amat kuat menjaga Sunnah Rasullullah dan adab-adab Islam di mana sahaja beliau berada.

Pada suatu hari, beliau telah melakukan perkara yang dianggap oleh beliau sebagai satu kesalahan yang cukup besar. Beliau telah melangkah masuk ke dalam masjid dengan menggunakan kaki kiri !!! Lalu beliau terus tersedar daripada kesilapannya. Beliau berbisik "Wahai Sufyan, apakah ulamak besar seperti kamu ini tidak dapat hendak membezakan antara rumah Allah dengan rumah syaitan. Dimanakah ilmu adab yang pernah kamu pernah pelajari selama ini?"

Imam Sufyan cukup berasa bersalah terhadap Allah diatas kesilapannya. Bagi menghukum diri beliau sendiri beliau telah mengisytiharkan kepada ribuan anak muridnya supaya memanggilnya sebagai Sufyan Ath Thauri (Sufyan Si Lembu) bermula daripada hari itu.

Berapa juta kalikah kalian masuk masjid dengan kaki kiri ???

No comments: