Thursday, November 5, 2009


Imam Syamil adalah pemimpin agung bagi masyarakat Muslimin Chechen di Asia Tengah. Seorang ulamak, ahli sufi dan pejuang yang amat digeruni oleh kerajaan empayar Tsar Russia. Memimpin Mujahidin Chechnya dalam Perang Kaukasus menentang perluasan kuasa Russia yang ingin menjajah Chechnya pada abad ke-19. Imam ketiga selepas Ghazi Mullah dan Hadji Murad dalam hierarki kepimpinan kaum muslimin di Chechnya. Meninggal dunia di Madinah ketika musim haji pada tahun 1871 dan dikebumikan di perkuburan Baqi'.

No comments: