Friday, October 22, 2010

Khamis, Oktober 1990

Pada suatu pagi Khamis dalam bulan Oktober tahun 1990, ketika itu aku adalah seorang murid Tahun 1 di Sekolah Kebangsaan Mulong. Pada waktu rehat kurang lebih jam 9 @ 10 pagi aku ke pagar sekolah yang membahagikan antara SK Mulong & SM Mulong. Entah kenapa pada pagi itu suasananya amat berlainan sekali. Beratus ratus orang dewasa berhimpun di padang SM Mulong & juga kawasan sekolah. Mereka seolah olah sedang menanti sesuatu. Aku yang ketika itu baru berumur 7 tahun masih begitu naif untuk memahami apakah sebenarnya yang berlaku. Aku lihat ada 2 kumpulan manusia dengan 2 perwatakan yang berbeza. Satu kumpulan bertopi cap, yang lelakinya ada yang berseluar jeans & merokok manakala yang perempuannya tidak sempurna menutup rambut mereka. Manakala satu kumpulan lagi dipenuhi dengan orang orang berserban, berkopiah putih di kepala manakala yang perempuannya berpakaian seperti ustazah. Aku tertanya tanya apakah yang sedang berlaku ? Kenapa mereka semua berdiri di padang ? Kenapa mereka berkumpul di SM Mulong pada hari ini ? Kenapa mereka menjulang julang bendera mereka ? Ada yang berpayung, ada juga yang menutup kepala mereka dengan surat khabar, ada yang mendukung anak kecil, ada yang macam itu macam ini. Dalam ralit aku memerhatikan, tiba tiba aku terdengar laungan yang sungguh menggetarkan jiwa, meremang bulu romaku bila mendengarnya. Inilah kali pertama aku mendengar laungan tersebut. Semakin lama ianya dilanungkan semakin seronok pula aku mendengarnya. Ditengah tengah orang ramai itu aku ternampak seorang lelaki berkulit cerah kuning langsat, bersut Melayu lengkap & bersongkok di julang julang oleh orang ramai. Aku tertanya lagi apakah yg sebenarnya berlaku ? Siapakah lelaki ini ? Kenapa mereka menjulang julang lelaki ini ? Selepas sekolah aku ke SM Mulong untuk mengambil mak aku yang pada waktu itu bertugas di sekolah tersebut. Pada waktu itu suasana telah lengang. Aku lihat tempat yg dipenuhi oleh orang orang berserban pagi tadi kosong tanpa sebarang sampah. Manakala kawasan yg dipenuhi oleh orang orang yg memakai topi tadi penuh dengan plastik bekas minuman, kotak rokok, kertas kertas dan surat khabar. Aku tertanya lagi kenapa situasi ini berlaku ?


Hari ini Khamis, 21 Oktober 2010. Sudah 20 tahun peristiwa itu berlaku dan sudah 20 tahun soalan soalan itu tergantung tanpa sebarang jawapan. Aku pun sudah dewasa. Berumur 27 tahun, punya seorang isteri, kami semua sudah berkerjaya.

Barulah aku tahu peristiwa yg berlaku 20 tahun lepas itu adalah hari penamaan calon bagi pilihanraya umum tahun 1990 untuk Parlimen Nilam Puri. 2 kelompok manusia yang berbeza pada hari itu ialah mewakili para penyokong 2 buah parti Melayu yang terbesar di Kelantan pada waktu itu. Manakala laungan yang berjaya meremangkan bulu romaku pada hari itu ialah laungan Allahu Akbar yg di laungkan oleh salah satu parti yang bertanding dalam pilihanraya Parlimen Nilam Puri pada tahun itu. Manakala lelaki bersut Melayu lengkap yang dijulang oleh orang ramai pada hari itu ialah Tengku Razaleigh Hamzah, Presiden Parti Melayu Semangat 46. Sudah 20 tahun peristiwa ini berlaku & sudah 20 tahun soalan2 ini tergantung tanpa sebarang jawapan. Pilihanraya Umum tahun 1990 ialah satu peristiwa yang cukup bersejarah dalam tawarikh negara. Tiada siapa pun yang pernah menduga peristiwa yang berlaku pada bulan Oktober tahun 1990 itu telah mengubah perjalanan politik di Malaysia.

Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! Allahu Akbar !

No comments: